Putera Philip, Duke Edinburgh

Putera Philip, Duke Edinburgh merupakan suami kepada Ratu Elizabeth II, dari United Kingdom. Ayahanda baginda merupakan putera dari kerabat diraja Yunani. Baginda mula berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Britain pada tahun 1939. Pada 20 November 1947, Putera Philip berkahwin dengan Puteri Elizebeth, yang bakal menaiki takhta United Kingdom. Baginda dinaturalisasikan menjadi rakyat Britain dan dianugerahkan gelaran Duke Edinburgh. Elizabeth dimahkotakan sebagai Ratu United Kingdom pada Januari 1952, selepas kemangkatan ayahandanya, Raja George VI. Dengan itu Putera Philip diberi gelaran Prince Consort atau "Putera Suami".